BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Thursday, May 5, 2011

PERKATAAN SYUKUR YANG DILUPAI..




Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing...

Monday, February 14, 2011

~KHAS BUAT ARWAH IBUKU~

Mak…
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…
Dah hampir empat bulan mak pergi..
Rasa baru semalam mak peluk dan cium duan kan..
Sejuk syahdu masih terasa lagi ni…

Mak ingat tak???
29 hari bulan 8 tahun 2010,pada pukul 5 petang..
Mak ngan abah hantar duan balik asrama ma’ahad sas…
Dan itulah kali terakhir mak peluk kuat-kuat dan cium duan..
Ermm..rupanya mak dah tahu mak nak pegi jauh-jauh..
Nak tinggalkan anak mak ini..
Mak nak tiggalkan dunia yang fana ini..

Mak macam dah tahu,
Seminggu sebelum mak pergi…
Mak ingat tak lagi???
Mak hantar sms kat duan…
Mase tu duan baru siap sahur..
Mak tulis dalam sms tu,
Mak sayang kat anak-anak mak,
Mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak..
Sebelum tu,mak de pesan lagi kat duan..
Mak cakap kat duan,belajarlah sungguh-sungguh,sebab…
Duan lah harapan mak nak tengok anak mak masuk university..
Supaya nanti sekurang-kurangnya dapat mengimamkan jenazah mak…
Atau bacakan yassin tuk mak bile mak dah tak ada nanti…

Pastu cuti seminggu sebelum raya…
Mase duan kat terminal bas jengka..
Duan ada sms kat mak,duan tulis..
“salam ,mak duan balik hari esok jelah,sebab hari ni duan nak pergi temerloh
Dengan shahril dan syafiq,nak beli baju raya..”
Pastu mak balas sms tu,mak tulis…
Balik lah rumah dulu,berbuka puasa kat rumah sama-sama ngan mak..
Lagi pun akak nazirah ada balik minggu nie..
Rupanya mak dah tahu,itulah berbuka puasa kali yang terakhir duan dengan mak..

Mak nak tahu tak???
Sebelum duan hantar sms tu..
Duan memang nak pergi temerloh..
Tapi selepas mak tulis  sms tu..
Duan dah rasa tak sedap hati..
Lama jugak duan nak buat keputusan masa tu..
Shahril ngan syafiq mesti ingat lagi,
Macam mane duan nak buat keputusan..
Sampaikan bas ke jerantut dah sampai..
Tapi tiket ke temerloh duan dah beli..
Akhir-akhir duan terus buat keputusan..
Duan cakap kat shahril dan syafiq…
Duan nak balik terus ke rumah..
Dan pada masa tu jugak lah duan rasa bersalah sangat
Kat dua sahabat baik duan tu..
Sebab duan dah janji nak pergi ke temerloh sama-sama..
Nak temankan duan beli baju raya..

Pastu bila duan sampai kat rumah..
Mak ajak duan kemas dan bersihkan kat luar rumah..
Mak suruh duan basuh lantai depan rumah..
Mak suruh duan bakar sampah kan..

Mak…
Mak ingat tak???
Masa  tu duan ada tanya mak,duan tanya…
“kenapa nak kemas luar rumah awal-awal,kan lagi seminggu lagi nak raye..
Lambat lagi..biasa sehari sebelum raya baru mak  suruh duan mesin rumput dan kemas rumah..
Pastu mak kata:-
“la kita kemas la rumah sekarang nanti kalo nak kemas rumah sehari sebelum raya deme da sibuk nak buat keje lain…”
Ermmm…rupanya mak  macam dah tahu sehari sebelum raya tu kami dah sibuk nak uruskan jenazah mak…dah tak ada masa nak kemas rumah..

Mak…
Mak ingat tak???
Mak dah basuh semua langsir untuk raya..
Mak macam dah tahu mak akan pergi dan kami semua tak sempat lagi nak basuh langsir tu..
Sebab pada masa tu kami dah sibuk nak uruskan jenazah mak, mak dah tahu pada masa tu kami sedih dan kami tak akan terfikir semua tu..
Pastu mak dah kemas rumah cantik-cantik..
Pastu mak dah belikan baju raya adik-adik siap-siap..
Sebab mak macam dah tahu kami tak ada masa untuk beli baju raya pada masa tu.
Pastu mak dah kemaskan ruang tamu kemas-kemas..
Ermm…rupa2nya kat ruang tamu situlah jenazah mak diletakkan…

Pastu mak ingatkan lagi tak???
Mak dah belikan banyak pinggan,mangkuk,cawan dan jag air…
Mak kate semua ni mak beli untuk gunakan masa kenduri kawin akak angah..
Tapi,rupanya semua tu tak sempat…
Kami gunakan pinggan maggkuk tu untuk kenduri arwah mak..

Yang paling menarik sekali..
Mak pesan kat akak nazirah..
Tahun ni mak nak ubah memu hari raya..
Mak cakap,mak nak buat mee kari raya ni..
Pastu,mak ingat tak..
Mak sms kat mak cu,mak mintak resipi mee kari tu kat mak cu…
Pastu dalam message tu mak ada mintak maaf kat mak cu..
Mak tahu tak???
Dari kecil duan hingga besar sekarang ni..
Mak tak penah nak ubah menu hari raya pertama..
Iaitu mi laksa..
Tapi semua tu mak tak sempat nak buatkan untuk raya pertama..
Tapi kami tak lupa nak tunaikan hasrat mak tu..
Mak nak tahu tak…
Kami buatkan mee kari tu pada hari raya pertama seperti mana mak dah rangcang..
Kami hidangkan mase kenduri tahlil arwah mak lepas solat sunat hari raya aidilfitri..
Pada pagi raya tu kami adik beradik rasa sedih sangat..
Sebab tiap-tiap pagi raya kita bersalam dan bermaafkan..
Tapi pagi tu kami sekeluarga terasa ter sangat kehilangan mak..
Kami semua rindukan mak..

Mak tahu tak…
Masa mak ada dulu,rumah ni riuh dengan  suara mak..
Tapi sekarang ni,tidak lagi..
Kami rasa kosong sangat rumah ni..
Senyap sunyi je..
Sampaikan semua orang  terasa kehilangan mak..
Termasuklah adik beradik mak,sahabat-sahabat mak dan orang-orang kampung..
Nak-nak pulak masa kenduri-kenduri ..
Orang kampung juga terasa sunyi sangat bila mak tak ada…

Mak…
Mak ingat tak lagi..
Selepas mak ngan duan kemas luar rumah..
Mak  pergi dapur mak buat kuih sagu warna hijau..
Kebetulen pulak pada hari tu..
Giliran rumah kita yang hantarkan kuih moreh kat masjid..
Mak buat banyak sangat kuih tu..

Duan ingat lagi pada petang tu..
Mak masakkan menu kegemaran duan dan keluarga kita..
Untuk  kita berbuka puasa..
Mak masak gulai ayam masak tempoyak..
Ermm..rupa2nya mak macam dah tahu ..
Itulah masakan kegemaran keluarga buat kali terakhirnya..
Mak ingat tak..
Sebelum masuk waktu berbuka  puasa kita sekeluaga tunggu kat depan tv..
Mak pesan kat adik fariz..
Jangan nakal,jangan buat jahat kat orang pastu dengar cakap cikgu..

Lepas dah siap berbuka puasa..
Mak terus pergi solat maghrib..
Lepas mak siap solat,mak duduk rehat atas katil..
Mak panggil akak nazirah,mak suruh dia gaulkan kuih sagu tadi dengan kelapa parut..
Sebab mak cakap mak dah tak larat nak gerak..
Mak cakap mak sakit kepala..
Pastu mak pesan kat duan,
Kejap lagi kalo nak pergi solat terawih bawak kuih sagu tu ke masjid..

Selesai saja duan solat terawih..
Duan terus balik rumah..
Tapi sampai kat rumah,semua orang dah tak ada..
Duan buat tak tahu jelah..
Sebab biasa kalo tak ada orang kat rumah…
Semua orang pergi keluar makan,tak pun pergi rumah sedara mara..
Duan  tengok tv..
Tiba-tiba along telefon..dengan suara menagis…
Along cakap..mak dah masuk wad kecemasan hospital jerantut..
Mak dah tak sedarkan diri..

Mak tahu tak???
Lepas along cakap macam tu..
Duan terus bergegas ke icu hospital jerantut naik motor..
Dalam keadaan duan bawak motor tu,perasaan duan dah kosong mengingatkan mak..
Duan memandu dalam keadaan separuh sedar..
Terkenangkan memori yang terindah bersama mak..

Setiba saja duan kat wad kecemasan hospital jerantut..
Duan terkejut!!!
Sebab ramai adik-beradik mak..
Mak cu,pak cu,mak long ank beranak,mak itam sekelurga,mak andak dan pak andak sekeluaga,besan dan anak menantu mak…
Semua orang menunggu mak kat wad kecemasan..

Maak tahu tak???
Pastu duan nak masuk wad nak tengok mak kat dalam wad tu..
Tapi doctor tak bagi masuk,sebab doctor nak uruskan dan tengah  cek tekanan darah mak..
Doctor cakap tekanan darah mak 190,mungkin sebelum tu tekanan darah mak 200 lebih..

Duan terus tunggu kat luar..
Pada masa tu..
Abah ceritakan pasal mak sebelum mak pengsan..
Abah kata..
Lepas mak siap solat maghrib,mak duduk kat atas katil..
Masa tu duan dah pergi masjid..
Mak ingat tak..
Mak pening-pening kepala..
Pastu mak sapukan minyak panas kat kepala..

Lepas abah da siap solat isyak..
Abah tanya mak..
“dah siap solat isya’ belum?
Pastu mak cakap,
Mak sakit kepala,
Mak cakap,mak xpenah rasa sakit macam ni..sakit sangat ni..
Lepas tu  abah terus datang kat mak dan abah picit-picit kepala mak..
Tibe-tibe mak pengsan..
Abah  jadi panic tak tahu nak buat ape..
Abah terus panggil akak nazirah..
Kebetulan akak nazirah nurse..
Abah suruh akak nazirah cek..
Pastu akak nazirah cakap,mak ni da pengsan..

Pastu,abah tak tahu nak buat ape-ape..
Abah terus telefon pak andak.. Tapi mak andak yang angkat telefon
Mak andak cakap pak andak tak balik lagi dari solat terawih..
Abah cakap kat mak andak,mak  pengsan..
Pastu,mak andak terus suruh abah bawak mak ke hospital..
Abah ,akak nazirah dan adik masitah pn terus angkat mak ke kereta..
Tapi masa angkat mak tu,badan mak da tak kuat…

Lepas abah cerita semua tu,doctor panggil abah…
Doctor cakap tekanan darah mak naik 280..
Abah kata mak ni tak ada penyakit apa-apa pun,
Darah tinggi tak ada dan kengcing manis pun tak ada..
Tapi mak cuma lelah dan migren je..
Sebab mak baru je minggu lepas cek penyakit..
Pastu,doctor cakap mak kena hantar ke hospital temerloh..
Kami semua berdoa kat luar hospital  supaya tak terjadi apa-apa pada mak…
Pada pukul 12.30 malam mak dimasukan ke dalam ambulans..
Pada masa tu semua orang menangis tengok mak..
Sebab badan mak serabut dengan wayar ..
Pastu mak dipakai dengan alat penafasan..

Mak???
Duan xtahu nk kata2 ape2 pada mase tu..
Air mate duan xberhenti mengalir dan terus mengalir dengan sendiri
Apabila duan tengok mak macam tu sekali

Duan terus naik kereta abah dan terus follow ambulans sampai ke hospital temerloh
Dalam perjalanan ke hospital temerloh macam duan terpikir..
Duan terpikir duan xdapat berjumpa mak dan bercakap ngan mak lagi…
Setiba ambulans kat hospital termeloh dalam pukul 1.30 pagi
Masa tu mak xdimasukan ke dalam wad kritikal lagi
Sebab dokdor tengah proseskan kemasukan mak kedalam wad..
Mak mase tu de kat icu bawah..
Kebetulan mak cu ketua jururawat kat hospital termeloh
Duan, abah, akak nazira, abang mamat ,makcu pak cu sekeluarga semua tunggu mak..
Kami xberhenti2 membaca surah yassin dan berdoa supaya mak sedar..
Pada pagi tu kami semua bersahur dekat cafeteria kt hospital tu..
Selepas subuh mak di pindahkan ke wad kritikal sebab masa tu tekanan darah mak da turun..
Badan mak penuh ngan wayar..doktor cakap mak kene strok..
Setiap kali duan pandang wajah mak duan menangis..
Duan rasa mak duduk kat hospital termeloh empat hari..
Mak xsedarkn diri..
Hari ke 2 tu doctor dah cakap kt abah..
Suruh abah bawak balik mak kerumah aje..
Sebab mak da xde harapan untuk hidup..
Tapi kami sume xsampai hati nak bawak balik..
Sebab abah kate tekanan darah mak masih stabil lagi..tp kadang2 turun,
Selama empat hari tu ramai orang datang melawat mak..
Tapi mak tetap koma…

Sedara mara nak masuk melawat mak pn susah..
Sebab wad tu dikawal ngan rapi..
Ahli keluarga pun xboleh nk jaga mak kat dalam wad tu..
Sebab ade 2 nurse yang dutugaskan khas tuk menjaga mak..
Kami hanya boleh masuk 2 orang begilir2 jew..
Doctor tu cakap kalau mak kritikal
Baru nurse tu bagi semua ahli keluarga masuk tengok mak
Pastu ptg ari selasa tu nurse panggil semua ahli keluarga masuk kedalam wad..
Kami disuruh membace yassin dan mengajar mak mngucap
Sebab tekanan darah mak da turun dengan mendadak..
Hati duan terasa kosong je apabila nurse cakap cam tu..
Air mate duan ni xberhenti mengalir..tengok wajah mak..
Duan bisik2 kat telinga mak ajar mak mgucapdan duan bisik,
Duan ckap duan mintak maaf jikalau semenjak duan lahir
Sampai sekarang duan de buat mak terasa duan mintak maaf sangat2..
Duan harap mak maafkan segala dosa2 zahir sengaja atau xsengaja
,dosa nampak atau x nampak..duan xnak jadi anak yang derhaka..
Itu la bisikan duan kat telinga mak..

Mak nk tahu tak?
Duan dapat rase walaupun mak xsedar tapi mak dangar ape yang duan cakap..
Betul tak mak??

Beberapa minit doktor sampai,
Doctor cakap suruh abah bawak balik mak
 sebab doctor pun xtahu nak wat apa2 dah..

Mak??
Doktor cakap memang mak da xde harapan nak hidup..
Doktor cakap kalo biarkan mak duduk  kat hospital,
 macam kite siksa kan mak sebab wajah mak da pucat dan kaki dan tangan mak da lebam..
Jantung mak berdegup  atas bantuan ubat dan mesin penafasan,
Dan doctor cakap kalo dicabut wayar penafasan tu
 dalam 5 hingga 10 minit mak akan pergi wat selama nye..
Selepas doctor cakap macam tu..
Abah berbincang ngan adik beradik mak..
Dan kami semua setuju nak  bawak mak bilik rumah.
Abah cakap boleh orang2 boleh melawat
dan bace 2kan surah yasin kalo bawak balik rumah.
Kalo duk hospital payah nk masuk melawat mak.
Pada pukul 7.00 pagi esok tu mak disiap2kan nak dimasukan kedalam ambulans.
Tapi pada mase tu duan da blik rumah awal nak kemas2kan rumah.

Mak tahu x???
Pada pukul  9.00 pagi ramai orang kampung
 bekumpul kat depan rumah menunggu mak.
Dalam pukul 11.00 pagi ambulans sampai kat depan rumah.
Mase mak dikeluarkan dari ambulans tu..
 ramai orang kampung menangis tengok mak.
Mak di angkat masuk kat dalam rumah..
Terus nurse tu cabutkan wayar penafasan mak.
Masa tu duan xlari dari telinga mak bisikan dan ajarkan mak mengucap..
Dalam masa 5 minit nadi mak terus berhenti..
Pada masa tu kami adik beradik xdapat tahan tuk menangis..
Bukan kami saje yang mengalirkan air mata
Tapi adik beradik mak ngan abah dan sahabat mak turut mengalirkan air mata..
Ramai orang kampung sahabat2 mak meziarahi jenazah mak.
Pengurusan pengkebumian jenazah mak sekejap sangat.
Sebab badan khairat kematian kampung telah siap sedia dah.
Duan rasa syukur sangat pengurusan pengkebumian jenazah mak diuruskan dengan lancar
Dan duan rasa syukur dapat mandikan jenazah mak  
Dan cium mak buat kali yang terakhir…
Dan dapat angkat jenazah mak letakan kedalam liang lahad..
Tapi duan rasa rugi sangat sebab xdapat imam kan jenazah mak.,
Sebab itu lah harapan mak pada duan..
Tapi masa solat jenazah mak tu,
Kami bawakan mak ke masjid kuala the
 sebab terlalu ramai sangat orang yang datang menziarah..
Kami terpaksa sebahyangkan mak kat masjid selepas solat asar..
Lepas tu terus kami bawakan jenazah mak ke kubur..


episod 2


Mase kambus tanah ke dalam kubur mak tu..
Duan xdapat nak tahan air mate duan..
Maafkan duan mak..
Duan bkn sengaja nk mgalirkan air mate..
Tapi dye mgalir dgn sendiri…

Mak tahu tak ??
duan rase sedih sangat raya tanpa mak..
lagi pun raya pada masa tu memang tak rasa macam raya..
duan tak sempat pun nak berfikir,nak beli baju raya..
masa raya, rumah kita senyap sunyi je tanpa mak..
duan terasa sangat… kehilangan mak..

 mak nak tahu tak??
Semua adik beradik mak tak balik pun rumah mereka..
Semua beraya kat rumah kite…
Adik fariz xbleh nak tido…
Adik asyik tanya mak kat mane?
Bile bgon tido je adik tanye mak kt mane?
Susah nak terangkan kat adik..

Mak tahu tak??
Mase knduri kat kampung..
Senyap sunyi je tanpa mak..
Org kampung terasa sgt kehilangan mak..
Sebab mase mak ade dulu..
Mak la tukang heppykan semua orang..


Mak….
Kalau mak nak tahu selepas raya tu duan ade exam….
Mase periksa ni lah yang buat duan xboleh lupa sampai sekarang..
Duan xdapat nak tumpukan exam dengan baik..
Sampaikan duan xlarat nak pegi sekolah..
Duan duduk dalam bilik sorang diri..
Tapi…
Pagi tu ustaz jaz datang ke asrama..
Die hantarkan duan ke hospital jengka..
Duan kene cucuk..
Masuk 2 botol air..
Tapi duan x cakap pun kat abah dan sape2..
Takot dye org risau..
Lepas balik dari hospital..
Ustaz jas suruh duduk dalam bilik pengawas..
Dye belikan macam2 makanan tuk duan..
Tapi duan tak makan pun..
Duan tak de selera pun..
Ustaz jaz suruh duan jawab juga kertas exam tu..
Sebab ustaz jaz cakap kalo tak amik..
Result dan sijil tu akan jadi tak cantik kalo ade subjek yang tak lulus..
Dalam keadaan duan tak larat tu..
Duan cuba jugak jawab kertas exam tu..
Malam tu duan masuk hospital lagi..
Duan muntah2..
Malam tu shahril yang teman kan duan sampi 2 pagi dekat hospital..
Sampai duan ok..
Tak tahu la kenapa jadi begitu..
Duan rasa duan terlampau memikirkan kenangan bersama mak..
Sampai duan jadi begitu.
Tiga hari duan x jawab dalam dewan periksa..
Duan jawab pekse  sorg2 dalam bilik ustaz jas  tu..
Satu sekolah tahu mak da meninggal..
Ramai yang mgucap takziah kat duan..
Dan ramai gak member duan saport duan..
Mase dalam keadaan tu..

Mak…
Duan ade sedekahkan surah2 yassin kat masjid maahad..
Duan adakan tahlil bersama  aspura tinggakatan enam..
Dan duan adakan jamuan makan untuk semua pelajar tingkatan enam..
Tapi shahril dan sar saje yang xnak datang..
Semua pahala tu, duan sedekahkan pada arwah mak..
Abah ade suruh duan upah haji untuk emak..
Tapi duan x tahu bile masa nye nak pergi haji untuk emak..

Mak nak tahu tak..??
Boleh dikatakan selepas mak mninggal..
Setiap minggu duan mimpikan mak..
Abah dan adik beradik  pun selalu mimpikan mak..
Kenapa mak??
Tapi setiap duan mimpikan mak..
Duan xlupa untuk sedekahkan al-fatihah untuk mak..


Mak..
Mak ingat tak lagi..
Mase duan buat program kali pertama kat kampung..
Mak lah org yang paling berjasa dan bersusah payah..
Carikan sponser dan menjayakan program duan..
Kalo tanpa mak..
Mesti pogram kem anak soleh tu x berjalan dengan lancar..
Mak bersusah payah..
Sampaikan mak demam selepas pogram tu..
Duan ingat semua tu mak..
Mak ingat tak 
Duan ade cakap..
Dalam majilis penutup pogram tu..
“Mak lah orang yang paling kuat mnyokong bagi menjayakan program ni”
Terima kasih mak..
Duan xtahu nak balas apa pada mak..
Terlalu besar pngorbanan mak pada duan…

Mak nak tahu tak…
Duan dah buat satu lagi program kat kampung baru2 ni..
Name prpgram tu kem bina akhlak remaja islam..
Duan rasa program ni tak meriah cam program duan ngan mak jayakan dulu..
Duan nak sangat buat program ni,sebab mak..
Program kali ni duan jemput penceramah imam muda nuri…
Tapi…
Mak nak tahu tak duan cakap ape pada majlis penutup program ni..
Duan cakap..
“program ni semata2 tuk mak..segala pahala semasa program ni bejalan adalah untuk mak..
Dan duan de cakap kat org kampung semua mase tu..
Duan cakap>>saya mewakili arwah mak saya marinah binti abdul rahman memohon maaf jika arwah mak saya de wat salah semasa mak saya hidup dulu..
Mase duan cakap depan org ramai tu..
Duan xdapat nk menahan air mate duan…

Mak nak tau tak??
Duan rase sangat sedih bile tengok mak dikafan kan..
Duan rase sedih bile tengok mak disembahyang kan..
Duan rase sedih bile tengok mak diangkatkn keluar dari rumah..
Duan rase sedih bile tengok mak dimasukkn kedalam van jenazah..
Duan rase sedih bile tengok mak diletakkan kedalam liang lahad..
Duan rase sedih bile tengok mak ditalkin kan..
Ermm…
Tapi yang paling duan sedih mak tinggalkan duan buat selama-lame nye..

Mak nak tahu tak??
Duan sayang sangat kat mak..
Mak pun cakap..
Duan la harapan mak dalam keluarga kite..
Duan ingat lagi…
Mak sanggup buat luar jangkaan dari fikiran duan..
Demi nak tengok duan Berjaya..

~HADIS NABI~

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."




~AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB~

Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)

~SOLAT TIANG AGAMA~

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .


p/s:sory lau tertags...nie tag secare rambang.....sama2 kite mengingtkan diri kita.....
.......<solat tiang agama>

Sunday, February 13, 2011

TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid muridnya lalu beliau bertanya teka teki.

Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Orang tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid 3 : “Teman”
Murid 4 : “Kaum kerabat”
Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan tu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185)

Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang bintang”
Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : “Gunung”
Murid 2 : “Matahari”
Murid 3 : “Bumi”
Murid 4 : “Lautan”
Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al-A’raf : 179)
Maka kita harus hati hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. (Na’udzu billaahi min zaalikh)

Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 : “Baja”
Murid 2 : “Besi”
Murid 3 : “Gajah”
Murid 4 : “Batu batan”
Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72) Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung
dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini,
tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah”.

Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : “Kapas”
Murid 2 : “Angin”
Murid 3 : “Debu”
Murid 4 : “Daun daun”
Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Al-Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid muridnya serentak menjawab : “Pedang”
Imam Al-Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”